Thursday, March 26, 2009

...khutbah Jumaat...-detik kewafatan Nabi-

Salam alaik,

Sahabat2 yang dirahmati Allah, alhamdulillah baru balik dengar khutbah Jumaat di negeri Jelapang Padi... musafir di negeri orang ni kene tau tempat2 penting seperti masjid, kemudahan bank, penginapan, pusat beli belah dan jangan lupa tempat 'mendobi'... Ana masih tak tau lokasi terbaik utk hantar baju yang semakin hari semakin 'meninggi'.


Terdetik hati kami satu motivasi diri bersolat di sebuah masjid yang tidak jauh dari bandar Sg. Petani. Ntah kenapa kami nak juga pergi ke sana. Hati tertanya, 'kenapa aku tak solat Jumaat di masjid dekat dengan tempat penginapan kami'...Rasanya Allah 'mengarahkan' kami ke sana untuk mendengar rangkuman khutbah Jumaat minggu ini sebagai halwa telinga dengan harapan tidak 'terlena' sepanjang khutbah;).


'dan tibalah waktu, ajal bertamu

penuh ketenangan jiwamu beradu

linangan air mata syahdu

iringi pemergianmu...'


'oh sukarnya, untuk Umar menerima

bahkan payah untuk Umat mempercaya

tetapi Iman merelakan jua

bahawa manusia kan mati akhirnya' - inteam


Apabila terdengar tajuk khutbah, hati terus mengarahkan muka, mata dan telinga ana untuk berusaha menghayatinya... Tanpa disedari, hati terasa pilu dan air mata mula mengelangi mata yang asalnya tertutup... Syukur, satu santapan juadah rohani yang amat ana cari sesudah beberapa hari mencari pengajian ilmu di negeri orang ini. Bersama ini ana sertakan sedikit intipati khutbah. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW dan ahli keluarga baginda.


Dimulakan khutbah dengan ayat Allah swt dalam surah ali Imran:144 yang bermaksud :

" Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur"


Saidina Umar RA memegang pedang dan bertekad memancung kepala sesiapa sahaja yang menyatakan Nabi telah wafat. Sukar sungguh insan yang hebat pada zaman jahiliyyahnya dan Islamnya serta terkenal dengan hati yang keras menerima kenyataan ini.


Lantas hadir Saidina Abu Bakar dengan kekuatan yang ada, bangun dan menyeru : " Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".


Tinggal lagi, persoalan yang ana bangkitkan untuk membajai hati ini. Berapa banyak sunnah Nabi SAW yang kita ikuti, berapa banyak syariatnya diikuti, berapa banyak larangan Allah dan RasulNya yang dilanggari... Ya Allah, ampunkan hambaMu ini, sampaikan salamku kepada kekasihMu...


(Allahumma Salli A'la Muhammad Wa'ala Alihi Wasahbihi Wasallam)


Sunday, March 22, 2009

7 Formula Individu Cemerlang - Dr. Danial Zainal Abidin



Salam alaik,

Maaf beberapa hari tidak update blog ni... Kebetulan dengan izin Allah swt, saya baru balik dari outstation. (Mungkin selepas ni kene beli broadband sendiri)...

Sahabat2, di kesempatan saya pulang dari outstation dengan menaiki kapal terbang semalam, saya berpeluang membaca buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin bertajuk "7 Formula Individu Cemerlang". Pada saya buku ini mempunyai resepi / ramuan yang amat diperlukan oleh setiap individu muslim yang dahagakan formula pembentukan jati diri yang sekian lama diselami di lautan dalam yang luas... sukar untuk ditemui...

Alhamdulillah, buku ini saya temui dan beli ketika menghadiri seminar di PICC. Citrarasa tulisan beliau yang mengaitkan kisah-kisah zaman Rasulullah, sahabat, dan para alim ulama' silam, cendekiawan Islam dan Barat serta kupasan dari hadis dan petikan Kalamullah cukup menggentar hati yang sekian telah lama muram/kelam dengan pelbagai halangan yang ditempuhi dalam dunia kehidupan sebenar. Garapan dan gaya bahasa yang mudah difahami turut memberi banyak bantuan dalam memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis..

"untuk mereka yang tidak mahu menjadi seperti dinosaur yang semakin pupus semasa dunia berubah" - Dr. Danial Zainal Abidin
Lihat sahaja, prakata sudah tahu kekuatan penulisannya. Sahabat2, antara intipatinya: Formula Individu Cemerlang sebagaimana yang dirakamkan dalam buku berkenaan adalah:
1) Kenali Kehebatan dan Potensi Diri
2) Meledakkan Taqwa
3) Melonjakan Ilmu
4) Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
5) Memelihara Amanah
6) Berfikiran Positif
7) Menyantuni Manusia

Untuk bacaan lanjut, sahabat2 boleh bincangkan dan belinya di pasaran...
Wallahua'lam
Sekian...

"semoga menjadi at-TIBB untuk hati ini"



Wednesday, March 18, 2009

"dengan nama Tuhan..."



"bacalah, dengan nama Tuhan Yang Menciptakan..,"


Saya mulakan kalam hari ini dengan rakaman al-Kitab yang suci dari Sang Pencipta... Sungguh, kebahagiaan jiwa, diri, masyarakat adalah lahir dari ilmu pengetahuan. Ilmu yang hadir bersama sinar Ilahi dan letaknya dihati tersimpul utuh untuk dihayati... Lantaran itu, al-Quran menjadi penawar segala kerisauan, kebuntuan, kesusahan, penyakit hati, diri dan masyarakat. Terdapat himpunan karangan tokoh ulama' silam yang berjaya mencungkil rahsia ilmu al-Quran sebagai kaedah perawatan/penawar (at-tibb) kepada segala permasalahan tadi. seperti "medicine of the Muhammad" - karangan asal
Imam Ibn al-Qayyim al-Jawziyy. (nanti ada masa dengan izin Allah saya akan ceritakan dengan lanjut ringkasannya)...

Berbalik kepada al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Jibril AS kepada ummat manusia di dunia ini. Tidak dinafikan, tiada karya agung, penyair hebat jika dikumpulkan di seantero dunia dibawa bagi menghasilkan sebuah kitab setara dengan al-Quran. Maha Suci Tuhan dari segala kelemahan. Tapi, sahabat2 yang dirahmati Allah, mengapa ummat Islam hari ini tidak menjadikan amalan harian mereka untuk membelek, membaca, menghayati al-Quran ya? Kelirunya ummat hari ini kerana apa? Mungkin sahabat2 di luar sana boleh bincangkan... Syukran atas perkongsian.


Tuesday, March 17, 2009

why 'at-tibb'?



Salam ukhuwwah,

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam badan manusia itu ada seketul daging. Sekiranya baik daging itu, maka baiklah jasadnya. Sekiranya buruk daging itu, maka buruklah seluruh jasadnya. Dan daging itu ialah hati"

Hati ini, diri ini, masyarakat kini, dan negara ini memerlukan secangkir 'rawatan' yang dapat memberi manfaat kepada alam semulajadi. Dari hati yang suci bersih, diterangai cahaya Ilahi , disulami keperibadian tinggi sebagai muslim sejati digambarkan sebagai pembawa 'amanah' Ilahi bagi menjadi khalifah yang memelihara alam ini. "hablum minallah wa hablum minnas"...

Ruangan blog ini adalah semata-mata untuk perkongsian ilmu duniawi+ukhrowi agar dapat dimanfaatkan bersama demi melahirkan masyarakat Islam yang berILMU... Buku-buku ilmiah untuk dibincangkan amatlah dialu-alukan.

Sahabat2 dialukan untuk mengkomentar asalkan tidak lari dari ketinggian peribadi muslim dan menjaga nama baik Islam seluruhnya... Segala sokongan amat disanjungi dan Allah sahaja membalasnya... wallahu'alam