
"bacalah, dengan nama Tuhan Yang Menciptakan..,"
Saya mulakan kalam hari ini dengan rakaman al-Kitab yang suci dari Sang Pencipta... Sungguh, kebahagiaan jiwa, diri, masyarakat adalah lahir dari ilmu pengetahuan. Ilmu yang hadir bersama sinar Ilahi dan letaknya dihati tersimpul utuh untuk dihayati... Lantaran itu, al-Quran menjadi penawar segala kerisauan, kebuntuan, kesusahan, penyakit hati, diri dan masyarakat. Terdapat himpunan karangan tokoh ulama' silam yang berjaya mencungkil rahsia ilmu al-Quran sebagai kaedah perawatan/penawar (at-tibb) kepada segala permasalahan tadi. seperti "medicine of the Muhammad" - karangan asal Imam Ibn al-Qayyim al-Jawziyy. (nanti ada masa dengan izin Allah saya akan ceritakan dengan lanjut ringkasannya)...
Berbalik kepada al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW oleh Jibril AS kepada ummat manusia di dunia ini. Tidak dinafikan, tiada karya agung, penyair hebat jika dikumpulkan di seantero dunia dibawa bagi menghasilkan sebuah kitab setara dengan al-Quran. Maha Suci Tuhan dari segala kelemahan. Tapi, sahabat2 yang dirahmati Allah, mengapa ummat Islam hari ini tidak menjadikan amalan harian mereka untuk membelek, membaca, menghayati al-Quran ya? Kelirunya ummat hari ini kerana apa? Mungkin sahabat2 di luar sana boleh bincangkan... Syukran atas perkongsian.

