
Sahabat2 yang dirahmati Allah, alhamdulillah baru balik dengar khutbah Jumaat di negeri Jelapang Padi... musafir di negeri orang ni kene tau tempat2 penting seperti masjid, kemudahan bank, penginapan, pusat beli belah dan jangan lupa tempat 'mendobi'... Ana masih tak tau lokasi terbaik utk hantar baju yang semakin hari semakin 'meninggi'.
Terdetik hati kami satu motivasi diri bersolat di sebuah masjid yang tidak jauh dari bandar Sg. Petani. Ntah kenapa kami nak juga pergi ke sana. Hati tertanya, 'kenapa aku tak solat Jumaat di masjid dekat dengan tempat penginapan kami'...Rasanya Allah 'mengarahkan' kami ke sana untuk mendengar rangkuman khutbah Jumaat minggu ini sebagai halwa telinga dengan harapan tidak 'terlena' sepanjang khutbah;).
'dan tibalah waktu, ajal bertamu
penuh ketenangan jiwamu beradu
linangan air mata syahdu
iringi pemergianmu...'
'oh sukarnya, untuk Umar menerima
bahkan payah untuk Umat mempercaya
tetapi Iman merelakan jua
bahawa manusia kan mati akhirnya' - inteam
Apabila terdengar tajuk khutbah, hati terus mengarahkan muka, mata dan telinga ana untuk berusaha menghayatinya... Tanpa disedari, hati terasa pilu dan air mata mula mengelangi mata yang asalnya tertutup... Syukur, satu santapan juadah rohani yang amat ana cari sesudah beberapa hari mencari pengajian ilmu di negeri orang ini. Bersama ini ana sertakan sedikit intipati khutbah. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW dan ahli keluarga baginda.
Dimulakan khutbah dengan ayat Allah swt dalam surah ali Imran:144 yang bermaksud :
" Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan kepada mereka yang bersyukur"
Saidina Umar RA memegang pedang dan bertekad memancung kepala sesiapa sahaja yang menyatakan Nabi telah wafat. Sukar sungguh insan yang hebat pada zaman jahiliyyahnya dan Islamnya serta terkenal dengan hati yang keras menerima kenyataan ini.
Lantas hadir Saidina Abu Bakar dengan kekuatan yang ada, bangun dan menyeru : " Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Muhammad s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".
Tinggal lagi, persoalan yang ana bangkitkan untuk membajai hati ini. Berapa banyak sunnah Nabi SAW yang kita ikuti, berapa banyak syariatnya diikuti, berapa banyak larangan Allah dan RasulNya yang dilanggari... Ya Allah, ampunkan hambaMu ini, sampaikan salamku kepada kekasihMu...
(Allahumma Salli A'la Muhammad Wa'ala Alihi Wasahbihi Wasallam)
No comments:
Post a Comment